Sunday 3 April 2011

KEK CHIFFON VANILA












KEK CHIFFON VANILA
SUMBER: BUKU KEK ANEKA PILIHAN


BAHAN - BAHAN BAHAGIAN  ( 1 )


5 biji Kuning Telur
1 sudu Teh Garam
1 sudu teh Baking Powder
30 gm. Ovallate
50 gm. Gula
100 gm. Tepung Roti
150 gm. Air
100.gm Minyak Jagung
1 sudu teh Esen Vanila
100 gm. Tepung Halus ( Superfine Flour )


CARA - CARANYA:


   Pukul semua bahan ( 1 ) sehingga putih. Jika menggunakan
mesin pengaul gunakan high speed ketika mengaul kesemu 
bahan-bahan tersebut.


BAHAN - BAHAN BAHAGIAN  ( 2 )


11 biji Putih Telur
200 gm. Gula


CARA - CARANYA:


Pukul bahan-bahan ( 2 ) sehingga pekat tetapi jangan sampai 
kering.


CARA MEMBUATNYA:


   Masukkan adunan bahagian pertama kedalam adunan bahagian 
kedua.Setelah itu tuangkan adunan kedalam acuan kek chiffon 
dan bakarlah adunan untuk selama 25 - 30 minit.Setelah itu keluarkan 
dari acuan dan terbalikkan kek ini biarkan sehingga sejuk.


BAHAN - -BAHAN UNTUK HIASAN:


3 sudu makan Susu Ideal
1 sudu makan Serbuk Koko
 sedikit Coklat Tulip ( cairkan )
2 sudu makan Gula 
Coklat M&M secukupnya


CARA MEMBUATNYA:


   Cairkan coklat dengan susu.Masukkan serbuk koko dan gula.
Kemudian masukkan kedalam sebuah periuk dan kacau  sehingga
sebati diatas dapur ( sekejap sahaja ). Tuangkan keatas kek ketika
bancuhan masih panas-panas dan hiaskan diatasnya dengan  coklat M&M.



No comments:

Post a Comment