Monday 21 May 2012

BISKUT MARMAR CARRIE'S




BISKUT MARMAR CARIE'S

BAHAN A
300 gm Mentega
120 gm Tepung Jagung
100 gm Gula Serbuk
400 gm Tepung Gandum
20 gm Tepung Susu
1 sdt Esen Vanila
2 Biji Kuning Telur


BAHAN B

100 gm Putih Telur
30 gm Tepung Jagung
300 gm Gula Aising
Sedikit Vanila
Sedikit Coklat Emulco



   CARA MEMBUATNYA
   Satukan bahan-bahan A. Adun bahan-bahan ini seperti mengadun 

biskut yang lain. Terap dengan menggunakan acuan berbentuk "heart"
Ketepikan.
   Pukul putih telur dan gula sehingga pekat. Masukkan tepung jagung 

dan pukul rata. Ambil tiga sudu adunan dan campurkan dengan sedikit 
coklat emulco. Masukkan adunan putih telur kedalam beg piping. Paipkan 
diatas biskut yang telah diterap tadi. Ratakan.
Dengan menggunakan lidi, buat corak dengan menggunakan adunan coklat 

diatas biskut yang telah dipaipkan dengan adunan putih telur. Bakar sehingga 
masak.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BANGKIT SAGU





BANGKIT SAGU

BAHAN-BAHANNYA
1 Paket Tepung Sagu
1 sdm Tepung Gandum
2 Biji Kuning Telur
200 gm Gula Halus
180 gm Santan dari 1 biji kelapa
Sedikit Daun Pandan


CARA MEMBUATNYA
   Tepung sagu, tepung gandum dan daun pandan digoreng sehingga 

ringan. Ayak.Santan dimasak hingga berwap sahaja.Sejukkan. Kacau 
telur dan gula serta santan hingga gula hancur. Masukkan tepung 
sedikit demi sedikit dan uli sehingga sebati. Terap dengan acuan kesukaan 
dan bakar sehingga masak.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 20 May 2012

KARI DAGING




KARI DAGING

BAHAN-BAHANNYA
500 gm Daging - dipotong dadu dan direbus
1 kg Ubi Kentang - dibelah empat
1 Paket Rempah Kari Daging - dibancuh dengan air
2 Tangkai Daun Kari
2 cm Halia - dikisar
2 Ulas Bawang Putih - dikisar
Sedikit Air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit Air Asam Jawa
1/2 Cawan Santan

CARA MEMBUATNYA
   Tumis halia dan bawang putih. Masukkan rempah kari. Tumus 

sehingga garing dan wangu. Masukkan sedikit air, ubi kentang dan 
dagung. Masak sehinggavdaging empuk. Masukkan air asam jawa, 
garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian 
masukkan santan dan biarkan beberapa minit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

IKAN BAKAR GORENG BERLADA





IKAN BAKAR GORENG BERLADA

BAHAN-BAHANNYA
1 Ekor Ikan Bawal
1 sdt Cuka
10 Biji Cili Merah
8 Biji Bawang Merah - dikisar
2 Biji Bawang Putih - dikisar
1 sdt Serbuk Kunyit
Garam dan Gula secukupnya rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA
   Gaul ikan dengan kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan. 

Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing. Masukkan 
cuka, gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan 
dan kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

ROYAL ALMOND LONDON COOKIES





ROYAL ALMOND LONDON COOKIES

BAHAN-BAHANNYA
250 gm Mentega
150 gm Gula Halus
2 Biji Kuning Telur
1 sdt Esen Vanila
500 gm Tepung Protein Sederhana
250 gm Badam - dipanggang
150 gm Badam Niblet/cincang- dipanggang
200 gm Coklat Masakan
2 sdt Lemak Sayuran - shortening
2 sdt Tepung Kastard

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan 

pukul lagi sehingga gebu. Masukkan esen vanila dan kacau sebati. 
Kemudian masukkan tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh 
yang lembut.
   Ambil sebiji badam dan balutkan dengan sedikit adunan dan bentukkan 

bujur. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 15 - 20 minit sehingga 
kekuningan. Sejukkan.
   Celup biskut yang telah disejukkan kedalam coklat masakan yang telah 

dicairkan bersama lemak sayuran. Masukkan kedalam cawan kertas berwarna 
gelap dan hias dengan badam niblet/cincang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

LILY'S COKLAT CUPCAKE






LILY'S COKLAT CUPCAKE

BAHAN-BAHANNYA
1 Paket Brownies Mix Flour
7 Biji Telur sederhana
200 gm Mentega
50 gm Coklat Masakan - Van Houten
100 gm Susu Segar
1/2 Cawan Campuran Kacang Walnut, Badam dan Gajus

CARA MBUATNYA
   Pukul telur sehingga pekat. Masukkan tepung dan gaul rata. 

Masukkan mentega dan coklat masakan yang telah dicairkan 
bersama diikuti dengan susu cair. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan 
kekacang.
   Masukan 3/4 adunan kedalam cawan kertas. Bakar didalam ketuhar 

yang telah dipanaskan pada suhu 180 'C selama 20 minit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

DENDENG DAGING




DENDENG DAGING


BAHAN-BAHANNYA
400 gm Daging - dipotong dadu
200 gm Bawang Merah     {
100 gm Bawang Putih      {
500 gm Halia                     { dikisar
100 gm Lengkuas               { bersama
400 gm Serai                      {
200 Cili Kering                  {
50 gm Jintan Manis - untuk tabur             
300 gm Santan Pekat
100 gm Kicap Pekat - untuk rebus daging
200 gm Kicap Manis
200 gm Minyak Masak
Kerisik


CARA MEMBUATNYA
   Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daging, kicap pekat, 
kicap manis, santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kekuningan. 
Setelah masak matikan api dan taburkan jintan kisar.Gaul rata.


Published with Blogger-droid v2.0.4