Monday, 21 May 2012

BISKUT MARMAR CARRIE'S




BISKUT MARMAR CARIE'S

BAHAN A
300 gm Mentega
120 gm Tepung Jagung
100 gm Gula Serbuk
400 gm Tepung Gandum
20 gm Tepung Susu
1 sdt Esen Vanila
2 Biji Kuning Telur


BAHAN B

100 gm Putih Telur
30 gm Tepung Jagung
300 gm Gula Aising
Sedikit Vanila
Sedikit Coklat Emulco



   CARA MEMBUATNYA
   Satukan bahan-bahan A. Adun bahan-bahan ini seperti mengadun 

biskut yang lain. Terap dengan menggunakan acuan berbentuk "heart"
Ketepikan.
   Pukul putih telur dan gula sehingga pekat. Masukkan tepung jagung 

dan pukul rata. Ambil tiga sudu adunan dan campurkan dengan sedikit 
coklat emulco. Masukkan adunan putih telur kedalam beg piping. Paipkan 
diatas biskut yang telah diterap tadi. Ratakan.
Dengan menggunakan lidi, buat corak dengan menggunakan adunan coklat 

diatas biskut yang telah dipaipkan dengan adunan putih telur. Bakar sehingga 
masak.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BANGKIT SAGU





BANGKIT SAGU

BAHAN-BAHANNYA
1 Paket Tepung Sagu
1 sdm Tepung Gandum
2 Biji Kuning Telur
200 gm Gula Halus
180 gm Santan dari 1 biji kelapa
Sedikit Daun Pandan


CARA MEMBUATNYA
   Tepung sagu, tepung gandum dan daun pandan digoreng sehingga 

ringan. Ayak.Santan dimasak hingga berwap sahaja.Sejukkan. Kacau 
telur dan gula serta santan hingga gula hancur. Masukkan tepung 
sedikit demi sedikit dan uli sehingga sebati. Terap dengan acuan kesukaan 
dan bakar sehingga masak.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 20 May 2012

KARI DAGING




KARI DAGING

BAHAN-BAHANNYA
500 gm Daging - dipotong dadu dan direbus
1 kg Ubi Kentang - dibelah empat
1 Paket Rempah Kari Daging - dibancuh dengan air
2 Tangkai Daun Kari
2 cm Halia - dikisar
2 Ulas Bawang Putih - dikisar
Sedikit Air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit Air Asam Jawa
1/2 Cawan Santan

CARA MEMBUATNYA
   Tumis halia dan bawang putih. Masukkan rempah kari. Tumus 

sehingga garing dan wangu. Masukkan sedikit air, ubi kentang dan 
dagung. Masak sehinggavdaging empuk. Masukkan air asam jawa, 
garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian 
masukkan santan dan biarkan beberapa minit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

IKAN BAKAR GORENG BERLADA





IKAN BAKAR GORENG BERLADA

BAHAN-BAHANNYA
1 Ekor Ikan Bawal
1 sdt Cuka
10 Biji Cili Merah
8 Biji Bawang Merah - dikisar
2 Biji Bawang Putih - dikisar
1 sdt Serbuk Kunyit
Garam dan Gula secukupnya rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA
   Gaul ikan dengan kunyit dan garam. Goreng dan ketepikan. 

Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing. Masukkan 
cuka, gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan 
dan kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

ROYAL ALMOND LONDON COOKIES





ROYAL ALMOND LONDON COOKIES

BAHAN-BAHANNYA
250 gm Mentega
150 gm Gula Halus
2 Biji Kuning Telur
1 sdt Esen Vanila
500 gm Tepung Protein Sederhana
250 gm Badam - dipanggang
150 gm Badam Niblet/cincang- dipanggang
200 gm Coklat Masakan
2 sdt Lemak Sayuran - shortening
2 sdt Tepung Kastard

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan 

pukul lagi sehingga gebu. Masukkan esen vanila dan kacau sebati. 
Kemudian masukkan tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh 
yang lembut.
   Ambil sebiji badam dan balutkan dengan sedikit adunan dan bentukkan 

bujur. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 15 - 20 minit sehingga 
kekuningan. Sejukkan.
   Celup biskut yang telah disejukkan kedalam coklat masakan yang telah 

dicairkan bersama lemak sayuran. Masukkan kedalam cawan kertas berwarna 
gelap dan hias dengan badam niblet/cincang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

LILY'S COKLAT CUPCAKE






LILY'S COKLAT CUPCAKE

BAHAN-BAHANNYA
1 Paket Brownies Mix Flour
7 Biji Telur sederhana
200 gm Mentega
50 gm Coklat Masakan - Van Houten
100 gm Susu Segar
1/2 Cawan Campuran Kacang Walnut, Badam dan Gajus

CARA MBUATNYA
   Pukul telur sehingga pekat. Masukkan tepung dan gaul rata. 

Masukkan mentega dan coklat masakan yang telah dicairkan 
bersama diikuti dengan susu cair. Gaul sebati.Akhir sekali masukkan 
kekacang.
   Masukan 3/4 adunan kedalam cawan kertas. Bakar didalam ketuhar 

yang telah dipanaskan pada suhu 180 'C selama 20 minit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

DENDENG DAGING




DENDENG DAGING


BAHAN-BAHANNYA
400 gm Daging - dipotong dadu
200 gm Bawang Merah     {
100 gm Bawang Putih      {
500 gm Halia                     { dikisar
100 gm Lengkuas               { bersama
400 gm Serai                      {
200 Cili Kering                  {
50 gm Jintan Manis - untuk tabur             
300 gm Santan Pekat
100 gm Kicap Pekat - untuk rebus daging
200 gm Kicap Manis
200 gm Minyak Masak
Kerisik


CARA MEMBUATNYA
   Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daging, kicap pekat, 
kicap manis, santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kekuningan. 
Setelah masak matikan api dan taburkan jintan kisar.Gaul rata.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 15 May 2012

AYAM TUMIS CILI PADI





AYAM TUMIS CILI PADI

BAHAN-BAHANNYA
400 gm Ayam - dipotong dan digoreng
4 Biji Bawang Merah        {

2 Ulas Bawang Putih       { dikisar
5 Biji Cili Padi - hijau        { halus
1 Biji Cili Merah                 {
1 inch Kunyit Hidup         {
2 Batang Serai - dititik
Santan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA
   Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar 

serta serai sehingga naik bau. Masukkan ayam dan santan. 
Biarkan ayam betul-betul empuk dan masak. Masukkan garam 
secukupnya.Kacau dan matikan api.


Published with Blogger-droid v2.0.4

AYAM RENDANG UTARA




AYAM RENDANG UTARA

BAHAN-BAHANNYA
1 kg Ayam - dipotong ikut kesukaan
1 Biji Kelapa - ambil santan
1 sdt Belacan
1 sdm Kerisik
2 Keping Asam Gelugur
Perasa secukupbya

BAHAN A ( DIKISAR HALUS )
15 Biji Bawang Merah
10 Biji Bawanh Putih
10 Tangkai Cili Kering
30 Biji Cili Padi
20 Biji Cili Merah
1 Ketul Lengkuas
3 Batang Serai
1 Jari Halia
2 Ketul Kunyit
5 Biji Buah Keras - kisar dan asingkan

BAHAN B - dimayang
3 Helai Daun Kunyit
3 Batang Serai
5 Helai Daun Limau Purut

CARA MEMBUATNYA
   Kisar kesemua bahan A hingga halus. Panaskan kuali dan tumis 

bahan kisar. Apabila naik bau dan warna bertukar kekuningan 
masukkan ayam, santan, belacan,buah, keras dan asam gelugur.
Kacau rata dan biarkan ayam empuk.
   Setelah ayam empuk masukkan perasa dan kerisik. Kacau perlaha

 sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Akhir sekali masukkan 
bahan-bahan yang telah dimayang dan kacau rata. Tutup api dan 
biarkan selama 10 minit barulah boleh dihidangkan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 14 May 2012

BISKUT MENTEGA KACANG




BISKUT MENTEGA KACANG

BAHAN-BAHANNYA
160 gm Tepung Gandum

125 gm Mentega
83 gm Gula Perang - ( Brown Sugar )
125 gm Mentega Kacang
42 gm Telur
1 sdt Serbuk Penaik
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, garam 

dan mentega kacang. Kacau rata. Masukkan tepung dan serbuk penaik 
dan kacau hingga rata. Bentukkan adunandan bakar pada suhu 180 'C 
selama 10 minit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BISKUT WALNUT RINGKAS




BISKUT WALNUT RINGKAS

BAHAN-BAHANNYA
200 gm Mentega
300 gm Tepung Gandum -  diayak
80 gm Gula Aising
2 Biji Kuning Telur

HIASAN :
Kacang Walnut - dicincang
Gula Pasir - halus
Putih Telur

CARA MEMBUATNYA
Masukkan mentega, tepung, gula aising dan kuning telur kedalam 
mangkuk dan gaul rata sehingga menjadi doh. Rehatkan doh didalam 
peti sejuk selama 30 minit.Terap dan sapu dengan putih telur diatas 
biskut yang telah diterap dan tabur dengan gula pasir diatasnya. Bakar 
dalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 15 minit atau sehingga biskut 
masak kekuningan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

BISKUT KACANG PISTACHIO



BISKUT KACANG PISTACHIO


BAHAN-BAHANNYA
750 gm Mentega
335 gm Gula Aising
1 kg Tepung
110 gm Putih Telur
1 1/2 Biji Kulit Lemon - diparut
3/4 Biji Jus Lemon
100 gm Kacang Pistachio
7 gm Garam


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan putih telur 
dan kacau perlahan. Masukkan perahan jus lemon dan parutan kulit 
lemon. Campurkan kacang pistachio dan tepung yang telah diayak 
dan sedikit garam. Gaul sehingga adunan menjadi doh. Rehatkan doh 
selama 20 minit.Canai doh dan bentukkan mengikut cita rasa. Bakar 
dalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 15 minit.


  


Published with Blogger-droid v2.0.4

BISKUT CRESCENT COKLAT


BISKUT CRESCENT COKLAT


BAHAN-BAHANNYA
100 gm Kacang Hazel - dibakar selama 5 minit dan dicincang
100 gm Serbuk Kacang Hazel
250 gm Mentega
1/2 sdt Esen Vanila
300 gm Tepung Biskut - diayak
100 gm Gula Aising
300 gm Coklat Masakan - cairkan


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga lembut. Masukkan
esen vanila, tepung biskut, serbuk kacang hazel. Gaul 
kesemua bahan sehingga adunan menjadi sebati.
   Ratakn doh dalam lapisan plastik pada ketebalan 4mm dengan
penggiling doh. Gunakan acuan bulan sabit untuk menerap. Susun
biskut didalam dulang pembakar yang telah digris.Bakar dalam ketuhar 
pada suhu 180 'C selama 15 minit sehingga masak kekuningan. Biarkan
sejuk.
   Celupkan biskut dalam coklat cair dan taburkan kacang hazel yang 
telah dicincang sebagai hiasan.






MENTEGA DAN MARJERIN

TIP:
Penggunaan mentega dalam membuat biskut akan 
menjadikan biskut lebih lemak dan lembut. Sementara
penggunaan marjerin pula akan membuat biskut menjadi 
berminyak.

BISKUT GAJUS BERCOKLAT



BISKUT GAJUS BERCOKLAT


BAHAN-BAHANNYA
120 gm Mentega
100 gm Gula Kastor
1 Biji Telur
75 gm Coklat Putih - dicairkan
250 gm Tepung
125 gm Cip Coklat
100 gm Kismis Emas - warna kuning
125 gm Kacang Gajus - ditumbuk kasar

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula kastor sehingga adunan menjadi 
lembut serta gebu. Sebaik-baiknya pukul adunan selama 15
mini.Masukkan coklat putih yang telah dicairkan bersama
tepung. akhir sekali masukkan kesemua bahan-bahan kering.
Gaul rata sehingga adunan sebati. Bentukkan mengikut acuan 
kegemaran dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180 'C selama
15 minit.




BISKUT EMPING KISMIS BELINJAU



BISKUT EMPING KISMIS BELINJAU


BAHAN-BAHANNYA
260 gm Mentega
100 gm Gula
400 gm Tepung
5 gm Serbuk Penaik
1/2 sdt Esen Vanila
100 gm Cornflake
100 gm Kismis


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentaga dan gula sehingga berwarna putih dan
kembang. Setelah kembang masukkan esen vanila. Kemudian
masukkan tepung dan serbuk penaik. Gaul sebati, kemudian
masukkan kismis dan cornflake. Gaul lagi sehingga sebati dan
menjadi doh. Bentukkan mengikut cita rasa dan bakar dalam
ketuhar pada suhu 180 'C selama 30 minit.




Sunday, 13 May 2012

BISKUT KACANG WALNUT




BISKUT KACANG WALNUT


BAHAN-BAHANNYA
150 gm Mentega
200 gm Gula Perang
2 Biji Telur
80 gm Kacang Walnut - dicincang
230 gm Tepung              {
20 gm Serbuk Koko       { diayak bersama
10 gm Serbuk Penaik    {
1/2 sdt Esen Vanila
50 gm Kismis


CARA MEMBUATNYA
   Satukan mentega dan gula perang, pukul hingga adunan
menjadi kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Masukkan
tepung, serbuk koko dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati.
Masukkan kacang walnut dan kismis lalu kacau adunan hingga
sebati. Bentukkan bulat-bulat diatas dulang pembakar dan bakar
selama 30 minit pada suhu 180 'C.



BISKUT LEMON COKLAT MARBLE




BISKUT LEMON COKLAT MARBLE


BAHAN-BAHANNYA
250 gm Gula Aising
500 gm Mentega
2 Biji Telur Putih
75 gm Tepung Kek       {
1 sdt Serbuk Penaik    { diayak bersama
2 sdt Serbuk Koko      {
1 Biji Lemon  - parut kulit
1 Biji Lemon - ambil jus
50 gm Badam - dipotong Kecil
50 gm Cip Coklat


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula aising hingga gebu. Masukkan telur dan tepung 
yang telah diayak bersama serbuk penaik dan serbuk koko. Kacau hingga
menjadi sebati. masukkan parutan jus lemon dan kulit lemon serta cip coklat
dan badam. Kacau rata hingga adunan sebati dan menjadi doh lembut.
   Bentuk menggunakan acuan bulat dan bakar dalam ketuhar pada suhu
180 'C selama 20 minit.
     









BISKUT MUTIARA HATI





BISKUT MUTIARA HATI

BAHAN-BAHANNYA
200 gm Tepung Gandum
100 gm Gula Halus
200 gm Mentega
10 gm Serbuk Koko
100 gm Kepingan Oat
3 gm Esen Vanila
8 Biji Ceri Merah - untul hiasan

CARA MEMBUAT
   Pukul mentega dan gula sehingga lembut. Masukkan tepung dan serbuk 

koko. Adun sehingga sebati. Bentukkan adunan menjadi bulat atau memanjang. 
Salutkan dengan oat. Letakkan ceri merah ditengah-tengah sebagai hiasan. 
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 10 minit.






Published with Blogger-droid v2.0.4

SWEET ORANGE KISSES




SWEET ORANGE KISSES

BAHAN-BAHANNYA
350 gm Mentega
185 gm Gula Halus
2 Biji Kuning Telur
1 sdt Serbuk Penaik
350 gm Tepung Protien Sedarhana
50 gm Tepung Kastard
1 Biji Oren - diparut kulit luar
1 sdt Minyak Oren

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Masukkan telur dan kacau 

sebati. Masukkan ketiga-tiga tepung yang telah diayak bersama serta 
parutan kulit limau. Gaul rata dan masukkan minyak oren. Gaul lagi 
dengan perlahan sehingga adunan menjadi doh.
   Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk anak bulan. Bakar 
pada suhu 180 ' C selama 15 minit. Setelah masak sejukkan.
   Celup dalam coklat putih atau coklat masakan yang telah dicairkan. 

Taburkan gula hiasan seperti yang tertera digambar.






Published with Blogger-droid v2.0.4

ROYAL MACADAMIA COOKIES





ROYAL MACAMADIA COOKIES

BAHAN-BAHANNYA
225 gm Mentega
115 gm Gula Halus
2 Biji kuning Telur
1 sdt Esen Vanila
350 gm Tepung Gandum       {
1 sdt Serbuk                           { diayak
1/2 sdt Soda Bikarbonat       { bersama
120 gm Tepung Kastard      {
150 gm Kacang Macadamia - dibelah dua
50 gm Serbuk Kelapa Kering
Coklat Putih/Coklat Masakan

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan kembang. Masukkan 

kuning telur dan vanila dan kacau sebati. Masukkan kesemua tepung 
yang telah diayak bersama. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
   Ambil kacang macadamia dan salut dengan sedikit doh anggaran 

15 gram. Buatkan bentuk bulat. Bakar dalam ketuhar pada suhu 
180 'C selama 15.
Sejukkan kemudian celup kedalam coklat putih atau coklat masakan 

yang telah dicairkan. Taburkan dengan gula hiasan berwarna mengikut 
cita rasa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BISKUT KACANG RANGUP




BISKUT KACANG RANGUP

BAHAN-BAHANNYA
125 gm Marjerin
120 gm Gula Halus
1 Biji Telur
180 gm Tepung Gandum
1 sdt Serbuk Penaik
1 sdt Esen Vanila
120 gm Kacang Tanah - ditumbuk halus
Secubit Garam

CARA MEMBUATNYA
   Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Pukul mentega dan gula 

sehingga kembang dan berwarna putih.Masukkan telur dan esen 
vanila. Putar lagi. Masukkan pula tepung dan kacang tanah. Putar 
dan gaul rata menjadi doh lembut.
   Bentukkan mengikut kesukaan. Letak didalam dulang pembakar 

yang telah digris dengan sedikit mentega. Bakar dalam ketuhar pada 
suhu 180 'C selama 20 minit atau sehingga biskut bertukar warna 
kekuningan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

KEK AFRIKA MAMBO




KEK AFRIKA MAMBO
SUMBER: BUKU KEK ANEKA PILIHAN

BAHAN-BAHANNYA:
4 biji putih talur
6 biji kuning telur
50 gm. air sejuk
1 sudu makan Quick 75
150 gm.gula
100 gm. tepung gandum
1 sudu teh baking powder
60 gm. tepung jagung
75 gm. mentega air

CARA MEMBUATNYA:

   Satukan telur, air, gula, quick 75, baking powder, tepung gandum
dan tepung jagung kemudian dipukul dengan kuat sehingga pekat.
Setelah itu masukkan mentega cair dan kacaukan hingga rata.
   Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan warnakan dengan 
warna merah, hijau, oren dan 1 bahagian dibiarkan tanpa warna.
Sediakan acuan swiss roll yang telah disapukan dengan sedikit 
mentega.
   Bubuh dalam acuan mengikut susunan warna yang disukai,
umpamanya merah, oren, hijau dan tanpa warna. Buat begini
sehingga selesai semuanya. Kemudian bakarlah sehingga masak.
   Bila telah masak sapukan diatasnya dengan krim dan gulunglah
kemas-kemas.

Thursday, 10 May 2012

LILY'S CHOCOLATE BROWNIES



LILY'S CHOCOLATE BROWNIES


BAHAN-BAHANNYA
1/2 Cawan Mentega
3/4 Cawan Serbuk Koko
1/4 Cawan Minyak Sayuran
1/4 Cawan Gula
2 sdt Esen Vanila
4 Biji Telur
1 1/2 Cawan Tepung         { diayak
1 sdm Serbuk Penaik        { bersama
1/2 sdt Garam                   {
1/2 Cawan Kacang Walnut
1/2 Cawan Cip Coklat






CARA MEMBUATNYA
  Cairkan mentega, serbuk koko dan minyak secara kaedah 
"double boiler". Sejukkan seketika. Kemudian masukkan gula 
dan esen vanila. Pukul rata.Masukkan telur satu persatu diikuti 
dengan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan 
garam.Gaul rata. Akhir sekali masukkan kacang walnut dan cip 
coklat. Balik kaupkan hingga rata.
   Tuang adunan kedalam loyang pembakar yang telah dialas kertas 
dan digris dengan sedikit mentega. Bakar didalam ketuhar selama 
35 - 40 min.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 9 May 2012

BISKUT BERTIH JAGUNG




BISKUT BERTIH JAGUNG

BAHAN-BAHANNYA
150 gm Marjerin
100 gm Gula Aising
1 Biji Telur
35 gm Tepung Kastard
90 gm Tepung Gandum
5 ml Esen Vanila
5 ml Perasa Jagung
2 sdm Crooqant

CARA MEMBUATNYA
   Pukul marjerin dan gula aising hingga kembang. Masukkan telur

diikuti dengan kesemua bahan-bahan lain. Canai doh, kemudian 
terap dengan acuan bintang.Susun didalam dulang pembakar. 
Sapukan kuning telur dan taburkan bertih crooqant diatasnya. 
Bakar pada suhu 180 'C selama 15 minit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BISKUT BIJAN



BISKUT BIJAN

BAHAN-BAHANNYA
110 gm Mentega
90 gm Gula Aising
2 Biji Telur
220 gmTepung
5 ml Esen Vanila
30 gm Mentega Kacang
50 gm Bijan Putih


CARA MEMBUATNYA
   Satukan kesemua bahan kecuali bijan. Adun sehingga semuanya 

menjadi sebati. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Kemudian 
golekkan kedalam bijan dan leperkan. Bakar pada suhu 170 'C 
selama 15 minit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BISKUT KELAPA


BISKUT KELAPA

BAHAN-BAHANNYA
250 gm Mentega
250 gm Gula
250 gm Tepung Gandum
15 gm Tepung Kastard
10 gm Serbuk Penaik
60 gm Kelapa Kering
5 gm Esen Vanila
3 gm Garam

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila 

dan tepung yang telah diayak bersama dan kelapa kering.Gaul sehingga 
menjadi doh.Bentukkan dengan acuan mengikut cita rasa dan hias dengan
ceri merah diatas biskut. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180 'C .


Published with Blogger-droid v2.0.4

BISKUT BIJAN





BISKUT BIJAN

BAHAN-BAHANNYA
110 gm Mentega
90 gm Gula Aising
2 Biji Telur
220 gmTepung
5 ml Esen Vanila
30 gm Mentega Kacang
50 gm Bijan Putih

CARA MEMBUATNYA
   Satukan kesemua bahan kecuali bijan. Adun sehingga semuanya 

menjadi sebati. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Kemudian 
golekkan kedalam bijan dan leperkan. Bakar pada suhu 170 'C 
selama 15 minit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BISKUT KOPI RANGUP

BISKUT KOPI RANGUP

BAHAN-BAHANNYA

150 gm Marjerin

75 gm Gula Kastor

1 Biji Kuning Telur

1 sdm Mentega Kacang

1/2 sdm Serbuk Kopi

180 gm Tepung Gandum )

50 gm Tepung Jagung     ) satukan dan

30 gm Gajus - dikisa        ) gaul rata

5 gm Serbuk Penaik         )

Kacang Badam - hiasan

Cornflakes - hiasan

CARA MEMBUATNYA

  Pukul marjerin dan gula sehingga sebati. Masukkan mentega kacang dan serbuk kopi. Pukul lagi sehingga rata. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan gajus. Adun sehingga menjadi doh.

    Uli doh, potong dengan pisau untuk mendapatkan bentuk empat persegi tepat. Sapukan dengan kuning telur dan tabur badam serta cornflakes hancur diatasnya. Bakar selama 15 minit pada suhu 180 'C .


Published with Blogger-droid v2.0.4

SEMPERIT CHOC RICE




SEMPERIT CHOC RICE
BAHAN-BAHANNYA
130 gm Mentega
45 gm Gula Aising
135 gm Tepung Kentang
15 gm Susu Tepung
60 gm Tepung Gandum
30 gm Tepung Jagung


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan sehingga adunan menjadi gebu.
Campurkan kesemua bahan-bahan lain dan adun sebati
menjadi doh.
   Bentuk adunan menggunakan acuan semperit. Bakar 
dalam ketuhar bersuhu 160 'C selama 25 minit.




BISKUT KOKO OAT



BISKUT KOKO OAT


BAHAN-BAHANNYA
375 gm Mentega
110 gm Gula Kastor
530 gm Tepung Gandum
200 gm Serbuk Koko
1 sdt Serbuk Penaik
4 Biji Telur
4 sdt Air
200 gm Cip Coklat
100 gm Oat / Nestum


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian
masukkan telur dan air. Pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, cip coklat dan 
oat/nestum. Gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
   Ambil sedikit doh, bentukkan bulat dan susun diatas 
dulang pembakar yang telah digris dengan sedikit mentega.
Tekan sedikit da hias dengan cip coklat diatas. Bakar didalam 
ketuhar pada suhu 180 'C selama 15 - 20 minit 



Tuesday, 8 May 2012

BISKUT COKLAT KAYU MANIS



BISKUT KAYU MANIS

BAHAN-BAHANNYA
300 gm Tepung Gandum
100 gm Serbuk Koko
120 gm Mentega
180 gm Gula Kastor
100 gm Telur
60 gm Air
10 ml Esen Vanila
1 sdt Serbuk Penaik
1/2 sdt Serbuk Kayu Manis
Secubit Garam

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian
masukkan tepung gandum, serbuk penaik, serbuk kayu manis,
dan serbuk koko. Gaul adunan ini hingga sebati. Kemudian, 
bentuk adunan mengikut pilihan dan taburkan coklat urai.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 8 - 10 minit
atau sehingga masak.

TIP :
Penggunaan serbuk kayu manis adalah untuk menambahkan
aroma dan keenakan rasa herba didalam biskut ini. 

BISKUT PUTARAN LEMON




BISKUT PUTARAN LEMON
BAHAN-BAHANNYA
120 gm Mentega
35 gm Gula Aising
130 gm Tepung Jagung
20 gm Tepung Susu
40 gm Tepung Gandum
1 sdt Perisa Lemon
Sedikit Ceri Merah - dicincang


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga adunan menjadi gebu.
Masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan uli adunan
sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.
   Griskan dulang pembakar dengan sedikit mentega. Masukkan 
doh didalam nozzle, tekan dan buat bentuk bungadahlia. Letakkan
ceri merah ditengah-tengah biskut. Bakar didalam ketuhar pada 
suhu 180 'C selama 25 minit.


ORIENT COOKIES



ORIENT COOKIES

BAHAN-BAHANNYA
100 gm Tepung Ubi
150 gm Mentega
60 gm Tepung Gandum
50 gm Gula Aising
30 gm Kelapa Kisar

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula sehingga adunan menjadi gebu.
Kemudian, masukkan tepung ubi, kelapa kisar dan tepung 
gandum. Uli sebati.
   Bentuk biskut mengikut cita rasa. Susun diatas dulang 
pembakar yang telah digris dengan sedikit mentega. Bakar
didalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 25 minit.




Monday, 7 May 2012

HAZEL CHOCOLATE CHUNK WALNUT COOKIE



HAZEL CHOCOLATE CHUNK WALNUT COOKIE

BAHAN-BAHANNYA
170 gm Gula Perang
128 gm Mentega
1 Biji Telur
250 gm tepung
1 sdt Serbuk Penaik
140 gm Ketulan Coklat - dicincang
46 gm Walnut - dicincang
1 sdt garam

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu persatu 

kedalam adunan. Gaul rata. Masukkan tepung dan serbuk penaik kedalam 
adunan dan gaul hingga sebati.
   Akhir sekali masukkan coklat yang telah dicincang bersama walnut. Gaul 

rata. Bentukkan adunan mengikut citarasa dan bakar didalam ketuhar dengan 
suhu 180 'C selama 10 - 15 minit.

  



Published with Blogger-droid v2.0.4

LONTONG NEGERI SEMBILAN




LONTONG NEGERI SEMBILAN

BAHAN-BAHANNYA
20. gm Suhun
100 gm Fucuk3 Keping Tauhu- didadu
200 gm Tempe - dihiris nipis
1 ltr Santan
2 Batang Serai - dititik
100 gm Lobak Merah - dihiris jejari
100 gm Kubis Bunga - dihiris kasar
Sedikit Garam, Serbuk Perasa
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR
150 gm Bawang Merah
50 gm Bawang Putih
80 gm Kunyit Hidup
80 gm Udang Kering
50 gm Cili Kering - direndam



CARA MEMBUATNYA
      Goreng berasingan suhun, fucuk,tauhu dan tempe hingga garing. 

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan 
santan, serai,sayur-sayuran, bahan-bahan goreng, garam dan serbuk 
perasa. Kacau hingga kuah pekat dan mendidih. Angkat dan hidangkan
 bersama nasi impit.


Published with Blogger-droid v2.0.4

SERUNDING DAGING DAN NASI IMPIT



SERUNDING DAGING DAN NASI IMPIT

BAHAN-BAHANNYA

1 Biji Kelapa Tua - digoreng hingga kuning
1 kg Daging Lembu - dipotong nipis
100 gm Asam Jawa - campurkan air secukupnya
3 sdt Gula Pasir
Garam secukup rasa
1/4 Cawan Minyak Sapi

BAHAN KISAR
1 sdt Jintan Manis
1 sdt Ketumbar
10 Biji Lada Hitam
10 Biji Buah Keras
5 Ulas Bawang Merah
1 Batang Serai

CARA MEMBUATNYA
   Satukan air asam, gula dan garam. Panaskan 
minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar halus. Masukkan campuran 
air asam jawa. Kemudian masukkan daging dan masak sehingga daging 
empuk. Setelah daging empuk, masukkan kelapa goreng dan masak 
sehingga kering. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu.



Published with Blogger-droid v2.0.4

NASI MINYAK




NASI MINYAK

BAHAN-BAHANNYA
1/4 Cawan Minyak Sapi
2 ulas Bawang Putih   ( dikisar
4 ulas Bawang Besar  ( halus
4 Kuntum Bunga Cengkih
5 cm Kayu Manis
6. Biji Buah Pelaga
2 Cawan Beras Basmathi - dibersih dan ditoskan
2 Cawan Air
1 Cawan Susu Cair
1/2 Cawan Kismis
     Bawang Goreng - untuk tabur

CARA MEMBUATNYA
   Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar. Masukkan semua rempah 

tumis dan tumis selama 5 minit. Masukkan beras, air dan susu. Masak 
sehingga kering.Setelah nasi kering masukkan kismis dan kacau rata. 
Tanak nasi hingga masak. Taburkan bawang goreng ketika menghidang.

Published with Blogger-droid v2.0.4

CHOCOLATE COFFEE CRISPIES




CHOCOLATE COFFEE CRISPIES

BAHAN-BAHANNYA
250 gm Crispies Coklat
200 gm Coklat Masakan
100 gm Hirisan Badam - dipanggang
50 gm Capuccino Paraline

CARA MWMBUATNYA
   Cairkan coklat masakan. Setelah cair, masukkan cripies coklat dan 

hirisan badam panggang. Gaul hingga sebati.Tuangkan afunan kedalam 
loyang pembakar dan sejukkan. Cairkan cappuccino dan tuangkan 
keatas adunan yang telah disejukkan tadi. Setelah siap bolehlah dipotong 
dan dihidangkan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

CHOCOLATE SPRITZ COOKIES




CHOCOLATE SPRITZ COOKIES

BAHAN-BAHANNYA
450 gm Mentega
150 gm Gula Aising
1 Biji Telur
1 sdt Esen Vanila
100 gm Badam - dikisar halus
100 gm Serbuk Koko
400 gm Tepung Gandum

CARA MEMBUATNYA
      Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur, 

esen lemon dan esen vanila. Pukul sebati. Kemudian masukkan badam 
kisar, serbuk koko dan tepung gandum. Gaul rata.
   Masukkan adunan kedalam beg piping dan pipekan adunan dengan 
bemtuk kesukaan diatas dulang pembakar yang telah disapu dengan 
sedikit mentega. Bakar didalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 
10 - 15 minit.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 4 May 2012

BISKUT KEJU



BISKUT KEJU

BAHAN-BAHANNYA
180 gm M entega
60 gm Keju Krim
80 gm Gula Aising - diayak
1/2 sdt Garam 
50 gm Serbuk Keji Parmesan
300 gm Tepung Superfine      { diayak
1/2 sdt Serbuk Penaik            { bersama
100 gm Kacang Walnut dicincang
10 gm Biji Popi Biru
1 Biji Kuning Telur *

CARA MEMBUATNYA
     Pukul mentega , krim keju, gula aising dan garam pada
kelajuan sederhana hingga sebati. Kemudian masukkan
serbuk keju parmesan. Setelah itu masukkan tepung superfine
dan serbuk penaik. Gaul sehingga adunan menjadi sebati.
     Terap adunan dengan acuan biskut kesukaan dan sapukan
kuning telur diatas biskut dan tabur biji popi biru, Susun didalam 
dulang pembakar yang telah digris dan bakar didalam ketuhar yang
telah dipanaskan pada suhu 170 'C selama 15 minit sehingga masak
kekuningan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, 28 April 2012

BISKUT KACANG PECAN



BISKUT KACANG PECAN


BAHAN-BAHANNYA
60 gm Kacang Pecan - dipotong halus
60 gm Tepung Gandum   {
30 gn Tepung Susu         { diayak bersama
125 gm Mentega
125 Gila Kastor
1 Biji Telur
90 gm Kismis

CARA MEMBUATNYA
     Pukul mentega dan gula hingga lembut. Kemudian masukkan
telur dan adun hingga kembang. Masukkan kacang pecan, tepung 
gandum, tepung susu dan kismis lalu digaul rata menggunakan tangan.
Bentukkan adunan dan bakar pada suhu 180 'C selama 15 minit.


BISKUT TIMUR TENGAH




BISKUT TIMUR TENGAH


BAHAN-BAHANNYA
1 kg Tepung Gandum    {
50 gm Tepung Jagung    { diayak bersama
250 gm Mentega
200 gm Gula
2 Biji Telur
200 gm Kurma
200 gm Kismis


CARA MEMBUATNYA
     Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur.
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung diikuti
dengan kurma dan kismis. Kacau hingga sebati. Terap adunan
dan bakar pada suhu 180 'C selama 30 minit.




BISKUT KELAPA SARI

Selalunya jika kita membuat kek lapis banyak lebihan telur putih yang tidak
diperlukankan. Bolehlah digunakan untuk membuat biskut ini...


BISKUT KELAPA SARI


BAHAN-BAHANNYA
300 ml Putih Telur
250 gm Gula
200 gm Kelapa Kering
30 gm Tepung Jagung
50 gm Kismis
pewarna Hijau dan Merah


CARA MEMBUATNYA
     Pukul putih telur dan gula hingga kembang. Masukkan kelapa
kering dan tepung jagung. Masukkan kismis, gaul rata dan adunan
dibagi dua. Satu adunan diwarnakan dengan warna merah dan pukul
hingga sebati. Ketepikan. Satu bahagian lagi diwarnakan dengan warna
hijau dan pukul hingga rata.
     Ambil sedikit warna merah dan sedikit warnahijau. Bentukkan bulat
kemudiandengan menggunakan garpu tekan sedikit sehingga menjadi
sedikit leper. Susun didalam dulang pembakar dan bakar dalam suhu
180 'C selama 30 minit.





BISKUT REMPAH KARI



BISKUT REMPAH KARI
BAHAN-BAHANNYA
400 gm Mentega
170 gm Gula Aising
1 Biji Telur
540 gm Tepung Gandum
50 gm Serbuk Kari

CARA MEMBUATNYA
     Putar mentega bersama gula aising hingga kembang.
Masukkan telur dan pukul untuk seketika. Kemudian masukkan
tepung gandum dan serbuk kari. Paipkan adunan kedalam dulang
pembakar dan hias dengan ceri. Bakar selama 30 pada suhu 155 'C.