BAHAN-BAHANNYA
120 gm Mentega
35 gm Gula Aising
130 gm Tepung Jagung
20 gm Tepung Susu
40 gm Tepung Gandum
1 sdt Perisa Lemon
Sedikit Ceri Merah - dicincang
Pukul mentega dan gula sehingga adunan menjadi gebu.
Masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan uli adunan
sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.
Griskan dulang pembakar dengan sedikit mentega. Masukkan
doh didalam nozzle, tekan dan buat bentuk bungadahlia. Letakkan
ceri merah ditengah-tengah biskut. Bakar didalam ketuhar pada
suhu 180 'C selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment