Wednesday, 27 April 2011

BISKUT BADAM OREN RANGUP



BISKUT BADAM OREN RANGUP
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR


BAHAN - BAHANNYA


250 gm. Mentega
150 gm. Gula Aising
400 gm. Tepung Gandum           } diayak
1/2 sdt Soda Bikarbonat            } bersama
60 gm. Badam Kisar
1 sdb Jus Oren
1 sdb Pes Oren
1 sdt Perasa Oren
1 biji Kuning Telur
50 gm. Kepingan Badam


CARA MEMBUATNYA


   Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan tinggi selama
1 minit. Kaut sekeliling mangkuk dan putar lagi pada kelajuan
tinggi selama 5 minit. Masukkan jus oren, pes oren dan perasa
oren. Putar lagi pada kelajuan rendah selama 2 minit.
   Kemudian masukkan tepung gandum, soda bicarbonat dan
badam kisar. Putar adunan pada kelajuan perlahan selama satu 
minit.Terap adunan dengan acuan biskut kegemaran.
  Susun biskut yang telah diterap didalam loyang pembakar yang
telah digris. Sapu atas biskut dengan kuning telur dan taburkan
kepingan badam. Bakar biskut didalam ketuhar yang telah 
dipanaskan pada suhu 180 'C untuk selama 15 minit sehingga 
biskut masak kekuningan.

Monday, 25 April 2011

KEK LAPIS MANJA



KEK LAPIS MANJA
SUMBER: KEK ANEKA PILIH


BAHAN-BAHAN  A :
200 gm. Tepung Optima
3 biji Telur
500 cc. Air
35 cc. Mentega Cair
sedikit Kismis             }
sedikit Ceri Merah      } dipotong
sedikit Ceri Hijau        } kecil-kecil
sedikit Nenas              }


CARA MEMBUATNYA


Pukul telur, air dan tepung hingga pekat lalu masukkan 
mentega cair. Aduk  lagi hingga elok sebati dan tuangkan 
kedalam loyang empat persegi berukuran  berukuran 11" X 11". 
Bakar selama 10 minit dengan kepanasan 375 darjah  F  Gas 
No 5. Setelah masak kek sejukkan dahulu.


BAHAN-BAHAN  B :
150 cc. Putih Telur
1 sudu besar Esen Vanila
1 cawan Air
1 paket Agar-Agar
3 sudu besar Susu Pekat
1 cawan Gula


CARA MEMBUATNYA
   
   Didihkan 500 gm . air bersama 125 gm. gula dan masukkan 1/2 
paket agar-agar, 1/2 sudu besar coffee oil dan 1 sudu besar bancuhan 
cokelat ( chocolate paste ). Kemudian tuangkan adunan ini kedalam 
loyang 12" x 12" persegi sejukkan.
   Sementara itu didihkan pula agar-agar dan gula serta air iaitu
bahan-bahan ( B ). Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan 
agar-agar yang mendidih tadi bersama susu pekat dan esen serta buah-
buahan  yang telah dipotong kecil-kecil. Tuangkan keatas  agar-agar 
yang pertama tadi lalu  tutup pula dengan kek.Simpan semula didalam 
peti sejuk sebelum dihidangkan.

KEK PERMAISURI.





KEK PERMAISURI
Sumber: Majalah Aneka Pilihan

Bahan-Bahannya:
9 biji Telur 
200 gm. Gula Halus
50 gm. Ceri Merah dan Hijau - untuk hiasan
300 gm. Tepung Gandum
2 sdm Susu Pekat
sedikit Esen Powder
sedikit Vsen Vanila
Cawan Kertas secukupnya

Cara Membuatnya:

   Pukul telur dengan gula hingga kembang,tambahkan susu pekat
 dan esen vanila sambil dikacau hingga sebati .
   Setelah itu masukkan tepung gandum dan baking powder.
Gaulkan adunan sehingga sebati.Tuangkan adunan kedalam
acuan mangkuk kertas yang disapukan mentega.Kemudian
hiaskan diatasnya dengan ceri dan bakarlah sehingga masak.

Friday, 22 April 2011

BISKUT KACANG KARAMEL





BISKUT KACANG KARAMEL
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR

BAHAN - BAHANNYA

250 gm.Mentega
50 gm. Gula Aising - diayak
120 gm. Telur ( 2 biji Telur )
450 gm. Tepung Superfine - diayak 
120 gm. Gula
50 gm. Sirap Kencana ( Golden Syrup )
50 gm. Madu
20 gm. Air
200 gm. Kepingan Kacang Badam
30 gm. Ceri Merah
30 gm. Ceri Hijau

CARA MEMBUATNYA

   Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana hingga sebati dan 
berkrim. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi adunan sehingga menjadi 
sebati. Kemudian masukkan tepung superfine dan pukul adunan pada kelajuan  
rendah. 
   Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan adunan kedalam dulang  
pembakar berukuran 10" x 10" x 1" yang teleh digris. Ratakan dan cucuk permukaan 
adunan dengan garfu. Bakar adunan didalam ketuhar yang telah dipanaskan  pada 
suhu 180 'C selama 5 minit sehingga separuh masak. Ketepikan.
   Dibekas yang lain, satukan gula, sirap kencana, madu dan air. Masak diatas api
perlahan. Didihkan selama beberapa minit. Kemudian masukkan kepingan kacang 
badam, ceri merah dan ceri hijau. Kacau sehingga rata dan matikan api.
   Tuang campuran yang telah dimasak kedalam adunan biskut yang telah dibakar 
separuh masak. Bakar sekali lagi dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 
180 'C selama 20 minit sehingga masak keperangan. Potong biskut kepada bentuk 
empat segi dan tiga segi.
    

Wednesday, 20 April 2011

BISKUT HIRISAN KEKACANG






BISKUT HIRISAN KEKACANG
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR


BAHAN - BAHANNYA


250 gm. Mentega
150 gm. Gula Aising
1/2 sudu teh Garam
2 biji Putih Telur
1 sudu teh Esen Vanila
430 gm. Tepung Superfine
50 gm. Biji Labu ( Kuaci Putih )
50 gm. Kacang Badam
50 gm. Kacang Pistachio


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega, gula aising dan garam sehingga kembang dan berkrim.Masukkan 
perlahan, putih telur dan esen vanila. Putar pada kelajuan sederhanaselama 3 minit. 
Kemudian masukkan tepung gandum, biji labu, kacang badam dankacang pistachio. 
Putar sehingga adunan menjadi sebati.
   Ratakan doh dalam plastik dengan penggiling doh kepada bentuk panjang. Bakar 
dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 'C selama 20 minit. Biarkan 
doh yang sudah dibakar semalaman.
   Potong doh dan susun didalam dulang pembakar yang telah digris. Bakar dalam 
ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 'C selama 15 minit sehingga biskut 
masak keperangan.

Tuesday, 19 April 2011

BISKUT CORNFLAKE MADU



BISKUT CORNFLAKE MADU
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR


BAHAN - BNAHANNYA
140 gm. Mentega
180 gm. Madu
100 gm. Kacang Badam - dihiris dan bakar selama 5 minit
280 gm. Emping Jagung - diramas sedikit
100 gm. Emping Bertih
50 gm. Kismis Hitam
Cawan kertas secukupnya



CARA MEMBUATNYA


   Campurkan emping jagung, emping bertih, kismis hitam dan badam hiris
kedalam mangkuk besar. Masak mentega dan madu sehingga mendidih dan 
tuangkan kedalam mangkuk yang berisi emping. Gaul sehingga sebati.
   Masukkan satu sudu teh adunan kedadalam cawan kertas. Susun didalam
dulang pembakar yang telah digris dan bakar didalam ketuhar yang telah 
dpanaskan pada  suhu 170 'C selama 10 minit sehingga masak keperangan.




   


   


   

BISKUT KACANG GAJUS





BISKUT KACANG GAJUS
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR


BAHAN - BAHANNYA


250 gm. Mentega
250 gm. Gula Perang
1/2 sudu teh Garam
2 biji Kuning Telur
1 biji Putih Telur
350 gm. Tepung Biskut
100 gm. Tepung Kastad
300 gm. Serbuk Kacang Gajus
100 gm. Kacang Gajus - dibelah dua
1 sudu teh Esen Vanila


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega, gula perang dan garam pada kelajuan tinggi selama 5 minit 
sehingga adunan naik dan kembang. Masukkan kuning telur dan putih telur dan 
diputar lagi pada kelajuan rendah sehingga berkrim. Kemudian masukkan esen 
vanila, tepung biskut, tepung kastad  dan gajus serbuk lalu dikacau sehingga 
adunan menjadi sebati. 
   Terap adunan dengan acuan mengikut kesukaan. Susun biskut didalam dulang 
pembakar yang telah digris. Sapu dengan kuning telur dan hias dengan kacang 
gajus. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 'C selama 15 
minit sehingga biskut masak kekuningan. 
   

Sunday, 17 April 2011

BISKUT CIP COKLAT



BISKUT CIP COKLAT
SUMBER: BICARA BISKUT WENDY KOR


BAHAN - BAHANNYA
250 gm. Mentega
180 gm. Gula Kastor
120 gm. Telur ( 2 biji )
400 gm. Tepung Superfine         }
1 sudu teh Serbuk Penaik          } diayak 
1/2 sudu teh Soda Bikarbonat   } bersama
50 gm. Serbuk Koko                   }
250 gm. Cip Coklat


CARA MEMBUATNYA


   Pukul mentega dan gula kastor selama 5 minit sehingga naik dan
kembang. Masukkan telur dan pukul lagi pada kelajuan sederhsna 
selama 3 minit. Kemudian masukkan tepung superfine, serbuk penaik,
soda bikarbonat dan serbuk koko. Setelah itu masukkan separuh cip coklat
dan kacau  adunan sehingga sebati.
   Bentukkan biskut yang bulat dan sedikit leper didalam dulang pembakar 
yang telah digris. Hias biskut dengan baki cip coklat dan bakar dalam ketuhar
yang telah dipanaskan pada suhu 180 'C selama 15 minit sehingga biskut masak
keperangan. 
   



BISKUT KEJU



BISKUT KEJU
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR


BAHAN - BAHANNYA


180 gm. Mentega
60 gm. Keju Krim
80 gm.Gula Aising - diayak
1/2 sudu teh Garam
50 gm. Serbuk Keju Parmesan
300 gm. Tepung Superfine       } diayak 
1/2 sudu teh Serbuk Penaik    }  bersama
100 gm. Kacang Walnut dicincang
10 gm. Biji Popi Biru
1 biji Kunung Telur

CARA MEMBUATNYA


   Pukul mentega, keju krim, gula aising dan garam pada 
kelajuan sederhana hingga sebati. Kemudian masukkan 
serbuk keju parmesan. Setelah itu masukkan tepung superfine 
dan serbuk penaik.
   Terap adunan dengan acuan biskut mengikut kesukaan. 
Sapukan kuning telur diatas biskut dan tabur biji popi biru.
Susun biskut dalam dulang pembakar yang telah digris dan 
bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170 'C 
untuk 15 minit sehingga masak kekuningan. 



MAMA CARRIE'S KUPU - KUPU





MAMA CARRIE'S KUPU - KUPU
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR


BAHAN - BAHANNYA
250 gm. Mentega
60 gm. Gula Aising - diayak
180 gm. Tepung Serbaguna              }
150 gm. Tepung Superfine               } diayak
100 gm.Tepung Susu                        } bersama
1/2 sudu teh Bicarbonate Of Soda  }
3 gm. Garam                                    }


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega, gula dan garam pada kelajuan sederhana sehingga
berkrim. Masukkan tepung gandum, tepung superfine, tepung susu
dan bicarbonate of soda. Kemudian pukul sehingga adunan sebati.
   Terap adunan dengan acuan berbentuk hati dan susun didalam 
dulang pembakar yang telah digris. Bakar dalam ketuhar yang sudah 
dipanaskan pada suhu 180 'C untuk 10 minit. Biarkan biskut menyejuk.

HIASAN ATAS: AISING ROYAL
1 biji Putih telur
150 gm. Gula Aising - diayak
10 gm. Tepung Jagung - diayak
1/2 sudu teh Esen Vanila
10 gm. Coklat Emulco


CARA MEMBUAT AISING ROYAL
   Pukul telur, esen vanila, gula aising dan tepung jagung 
sehingga pekat dan berkrim. Sapu bahagian atas biskut 
dengan aising royal. Buat corak dengan lidi  menggunakan 
coklat emulco. Biarkan selama 20 minit. Kemudian bakar 
dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 'C 
selama 15 minit sehingga biskut masak kekuningan. 






KUIH BANGKIT



KUIH BANGKIT
SUMBER:RESIPI BISKUT WENDY KOR

BAHAN - BAHANNYA
280 gm. Tepung Ubi  / Sagu
100 gm. Gula
60 gm. Telur
90 gm. Santan Kelapa
5 helai Daun Pandan

CARA-MEMBUATNYA.

   Goreng tepung ubi kayu bersama daun pandan tanpa minyak
di atas api kecil sehingga ringan. Biarkan ia menyejuk. Keluarkan 
daun pandan daripada tepunng dan ayak tepung. 
   Pukul telur dan gula sehingga gula larut.Tambahkan santan kelapa. 
Masukkan tepung yang sudah digoreng kedalam adunan telur dan uli 
untuk membentuk doh yang lembut dan licin.
   Ratakan doh dalam lapisan plastik dengan penggiling doh pada 
ketebalan  5mm. Guna acuan biskut untuk menerap doh.
   Susun biskut dalam dulang pembakar yang sudah digris. Bakar dalam 
ketuhar  yang sudah dipanaskan dalam suhu 170'C selama 15 minitsehingga 
masak kekuningan.



BAHULU CERMAI



BAHULU CERMAI
SUMBER: RESIPI BISKUT WENDY KOR

BAHAN-BAHANNYA
300 gm. Telur
280 gm. Gula 
10 gm. Sp Emulsifier          
220 gm. Tepung Superfine - diayak
1 sudu teh Esen Ros.

CARA MEMBUATNYA

    Pukul telur, Sp Emulsifier dan gula dalam mangkuk. Putar pada 
kelajuan tinggi sehingga pekat dan kembang. Masukkan esen ros 
dan tepung superfine. Kacau sehingga sebati.
   Tuangkan ke dalam acuan pembakar yang sudah digris.Penuhkan 
sebanyak 3/4 sahaja ke dalam acuan. Bakar dalam ketuhar yang sudah 
dipanaskan pada suhu 200'C selama 10 minit sehingga  masak keperangan.


Friday, 15 April 2011

KEK LAPIS MOCCA


KEK LAPIS MOCCA
SUMBER: BUKU ANEKA KEK PILIHAN

BAHAN - BAHAN  A:

10 biji Kuning Telur - sejuk
4 biji Putih Telur - sejuk
200 gm. Tepung Gandum - diayak
200 gm. Gula
100 gm. Air Masak - sejuk
1 1/2 sudu besar Ovalatte

Pukul bahan-bahan  A dengan kelajuan yang tinggi selama 7 minit.
Ketepikan.

BAHAN - BAHAN  B:
250 gm. Mentega
2 sudu besar Susu Pekat

Satukan bahan-bahan B kemudian dikacau hingga sebati.

CARA MEMBUATNYA
   CampurKAAN bahan-bahan A dan bahan-bahan B. Kemudian kacau
hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian
untuk kek mocca dan satu bahagian lagi untuk lapisannya.
   Sediakan 3 buah loyang pembakar kek yang sama besarnya. Sapukan 
dengan sedikit mentega. Setelah itu tuangkan adunan mocca. Kemudian
bakar berasingan sehingga masak ketiga-tiganya.
   Sementara itu siapkan adunan untuk lapisannya. Sediakan sebuah loyang
untuk membakar 4 lapisan kek bagi bahagian bawah, tengah dan atas. Bakar
lapisan bawah hingga masak kemudan lapiskan dengan mocca. Bakar berselang 
seli sehingga lapisan terakhir. Pada lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah. 
   
   
   

BISKUT MENTEGA KACANG



BISKUT MENTEGA KACANG
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR

BAHAN - BAHANNYA
400 gm. Mentega Kacang
150 gm. Gula Aising
500 gm. Tepung Gandum - diayak
120 gm. Minyak  Masak

CARA MEMBUATNYA
   Campurkan semua bahan dalam mangkuk pembancuh dan kacau
hingga sebati untuk membentuk doh. Bahagikan doh kepada cebisan 
kecil - kecil  bersaiz 1 sudu teh. Gelekkan doh dalam tangan dan buat 
bentuk bulat dan licin. Susun biskut ke dalam dulang pembakar yang
sudah digris. Leperkan biskut dan sapu dengan kuning telur. Bakar
dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 15 minit sahingga masak kekuningan.



Tuesday, 12 April 2011

AYAM PANGGANG SOS BBQ


AYAM PANGGANG SOS BBQ
SUMBER: MAJALAH KELUARGA

BAHAN - BAHANNYA

1/2 ekor Ayam
1 biji Lada Benggala Hijau     }
1 biji Lada Benggala Merah   } dipotog dadu halis
1 labu Bawane Besar              }
2 sudu makan Cili Sos
1 biji Tomayo - dicincang halus
3 sudu makan Serbuk Cajun
2 Thyme - sejenis herba yang wangi daunnya
1 sudu makan Mentega
Gula dan Garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA

Gaul ayam bersama garam, cajun, thyme dan mentega. Kemudian,
masukkan dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170 'C selama 45 minit.
   Tumis bawang dan lada. Selepas itu masukkan cili sos tomato. Masukkan
garam dan gula secukupnya. Keluarkan ayam dan tuang sos diatas ayam.



GULAI KACANG BERTEMPE


GULAI KACANG BERTEMPE
SUMBER MSJALAH KELUARGA


BAHAN - BAHANNYA


600 gm. Kacang Panjang - hiris serong
1 batang Lobak Merah - dihiris halus
3 tangkai Cili Merah - potong serong
1 keping Tauhu - dipotong dadu dan digoreng
1 keping Tempe - dipotong dadu dan digoreng
1 helai Daun Kunyit - dihiris
1/2 sm. Kunyit Hidup - dikisar
50 gm. Bawang Merah - dikisar
2 batang Serai - diketuk
10 tangkai Cili Kering - rebus dan kisar
1 cawan Santan
10 gm. Ikan Bilis
1/2 cawan Air


CARA MEMBUATNYA
   Panaskan minyak, kemudain masukkan bawang, serai, cili kering,
ikan bilis dan kunyit hidup. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, daun kunyit, tauhu dan 
tempe.
   Selepas itu, masukkan santan diikuti dengan garam. Perlahankan api dan 
biar seketika hingga mendidih.

BISTIK DAGING


BISTIK DAGING
SUMBER: MAJALAH KELUARGA


BAHAN - BAHANNYA


600 gm. Ubi kentang - dipotong nipis
30 gm. Halia - dihiris
50 gm. Bawang putih - dihiris
2 labi Bawang Besar - dipotong bulat
2 biji Kentang - dipotong enam dan digoreng
30 gm. Kacang Pis ( dalam tin )
3 tangkai Cili Merah - dibelah dua
3 tangkai Cili Hijau - dibelah dua
2 biji Tomato - dipotong enam
2 sudu makan Kicap Pekat Masin
2 sudu teh Lada Hitam - dikisar


CARA MEMBUATNYA


   Panaskan minyak , kemudian tumis bawang putih dan halia, tumis 
hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau hingga separuh masak.
Kemudian masukkan kicap. Kacau hingga daging menjadi lembut, 
kemudian masukkan kentang.
   Masukkan lada hitam, bawang besar, cili merah dan cili hijau. Akhir
sekali , masukkan tomato dan kacang pis. Kacau hingga rata sebelum
api ditutup.

DAGING HITAM MANIS


DAGING HITAM MANIS
SUMBER: MAJALAH KELUARGA

BAHAN - BAHANNYA

600 gm. Daging
100 gm. Bawang Merah - dihiris
50 gm. Bawanh pitih - dihiris
1.5 sm. Halia - dihiris
2 batang Serai - diketuk
2 helai Daun Kari
1 sudu makan Serbuk Cili
1 sudu makan Rempah Kari Daging
2 sudu makan Serbuk ketumbar
2 sudu makan Jintan Manis
2 sudu makan Jintan Putih
3 sudu makan Air Asam Jawa
1/2 cawan Kicap Manis
Garam secukup rasa
5 kuntum Bunga Lawang
5 kuntum Bunga Cengkih
5 biji Buah Pelaga
3 sm. Kulit Kayu Manis
sedikit Minyak

CARA MEMBUATNYA

   Panaskan minyak,kemudian masukkan bunga lawang, bunga cengkih,
kulit kayu manis dan buag pelaga. Masukkan bawang merah, bawang putih
dan halia.Tumis hingga naik bau kemudian masukkan daun kari dan serai.
   Masukkan serbuk cili, rempah kari daging, serbuk ketumbar, jintan manis
dan jintan putih. Campurkan sedikit air dan tumis hingga naik bau.
   Masukkan daging dan diikuti kicap manis. Selepas daging empuk, masukkan 
air asam jawa dan garam secukupnya. 

NASI AYAM KUKUS


NASI AYAM KUKUS
SUMBER: MAJALAH JELITA 2007

BAHAN - BAHANNYA

30 ml. Marjerin
80 ml. Susu Cair
1750 ml. Air Rebusan Ayam
500 gm. Beras Wangi
1.8 kg. Ayam
Garam secukupnya
Serbuk Perasa

BAHAN - BAHAN UNTUK DIKISAR*

70 gm Bawang Putih*
90 gm. Halia muda*
2 camca besar Serbuk Lada Putih
2 helai Daun Pandan
4 cm. Kulit kayu manis
3 kuntum Bunga Lawang
200 gm. Daun Bawang

CARA MEMBUATNYA
   Masukkan lada putih kedalam mangkuk yang berisi bawang putih dan
halia muda yang telah dikisar kemudian kacau hingga sebati. Bahagikan
kepada dua bahagian. Panaskan marjerin dan masukkan kulit kayu manis 
dan bunga lawang. Kemudian tumis sebahagian bahan kisar bersama daun 
pandan. Biarkan wangi dan masukkan air rebusan ayam, masak sehingga 
mendidih.
  Setelah itu masukkan beras yang sudah dibersihkan bersama susu cair, garam
dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan  sehingga nasi masak dan angkat.
   Ayam dibersihkan kemudian dilumur bersama sedikit garam. Masukkan bahan
kisar yang sebahagian lagi kedalam badan ayam. Kukus ayam sehingga masak
selama 45 minit.
   Hidang ayam bersama nasi dan sup yang telah ditabur dengan daun bawang.


Monday, 11 April 2011

BISKUT KACANG PECAN





BISKUT KACANG PECAN
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR

BAHAN - BAHANNYA

120 gm. Mentega
80 gm. Gula Aising
2 gm. Garam
200 gm. Tepung Superfine
150 gm. Kacang Pecan ( bakar dan cincang )
1 sudu teh Esen Vanila
Kacang Pecan untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula aising serta garam pada kelajuan  tinggi selama
1 minit. Kaut sekeliling mangkuk dan terus putar pada kelajuan tinggi selama 5 minit.
   Masukkan tepung gandum, kacang pecan yang telah dincincang dan esen vanila. 
Pukul lagi pada kelajuan rendah selama 1 minit untuk membentuk doh.
   Bentukkan doh kepada bebola kecil dan hias dengan kacang pecan. Susun biskut
dalam dulang pembakar yang telah digris..Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan
pada suhu 170'C selama 10 minit sehingga masak keperangan.
   

Sunday, 10 April 2011

BISKUT MAMA CARRIE'S HAZEL

 

BISKUT MARMA CARRIE'S HAZEL
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR

BAHAN - BAHANNYA

250 gm. Mentega
150 gm. Gula Perang
300 gm. Tepung Superfine
50 gm. Tepung Kacang Hijau
1/2 sudu teh Soda Bicarbonate
150 gm. Kacang Hazel
500 gm. Coklat Masakan
20 gm. Gula Pastel
Mangkuk Kertas

CARA MEMBUATNYA

   Pukul mentega dan gula perang hingga lembut. Kaut sekeliling mangkuk
dan terus putar selama 3minit sehingga kembang. Masukkan tepung yang sudah 
diayak, tepung kacang hijau dan soda bicarbonate dan putar pada kelajuan rendah 
sehingga sebati untuk membentuk doh.
   Bentukkan doh kepada bebola kecil dengan berat 5 gm setiap satu. Masukkan 
kedalam acuan mangkuk kertas. Letakkan sebiji kacang hazel diatas dan ditekan 
sedikit. Susun biskut didalam dulang pembakar yang sudah digris. Bakar dalam 
ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 'C selama 12 - 13 minit sehingga 
masak keperangan. Biarkan biskut menyejuk.
   Coklat masakan dicairkan secara 'double boiler'. Isikan coklat cair kedalam 
mangkuk kertas yang berisi biskut sehingga coklat menutupi biskut. Hias dengan 
gula pastel.

AYAM MASAK MADU


AYAM MASAK MADU
SUMBER: LILYMARIA


BAHAN-BAHANNYA
BAHAN A
1 Ekor Ayam ( dipotong 8 dan dibersihkan )
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng


BAHAN MENUMIS
1 camca teh Jintan Manis
4 kuntum Bunga Lawang
2 batang Kulit Kayu Manis
3 bijiBawang Besar - dihiris
5 cm. Halia - dihiris
1 sudu teh Serbuk Kunyit
3 sudu besar Serbuk Cili
1 sudu teh Lada Hitam
1 sudu besap Tomato Puri
1/2 cawan Air
1/2 cawan Madu
1 sudu besar Kicap Pekat
Garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA
   Ayam digaul dengan bahan-bahan A yang lain kecuali minyak.
Panaskan minyak kemudian goreng ayam sehingga keemasan tetapi
jangan terlalu garing.Angkat dan ketepikan.
   Panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang
sehingga wangi.Masukkan bawang besar,bersama halia dan kacau sehingga 
layu.
   Masukkan serbuk kunyit dan jintan manis kemudian masukkan serbuk cili 
dan lada hitam.kacau seketika.Setelah itu masukkan tomato puri, madu, kicap pekat 
dan air.
  biar kan sehingga kuah sedikit pekat barulah dimasukkan ayam dan garam.
masak seketika sahaja dan angkat.  

ROSSETTE MENTEGA CERI



ROSSETTE MENTEGA CERI
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR


BAHAN-BAHANNYA
250 gm. Mentega
100 gm. Gula Aising
1 sudu besar Jus Lemon
280 gm. Tepung Gandum
1/2 sudu teh Serbuk Penaik
60 gm. Serbuk Kacang Badam
50 gm. Ceri Merah & Hijau


CARA MEMBUATNYA
   Pukul mentega dan gula kastor pada kelajuan tinggi selama
1 minit. Kaut sekeliling mangkuk dan terus putar pada kelajuan
tinggi selama 5 minit. Masukkan jus lemon dan putar lagi pada
kelajuan sederhana selama 2 minit.
   Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik
dan juga serbuk badam kedalam adunan sedikit demi sedikit.Putar pada
kelajuan perlahan selama 1 minit.
   Gunakan acuan dahlia untuk mendapatkan bentuk bunga dan hias dengan
ceri merah dan hijau diatas biskut. Bakar dalam ketuhar  yang telah dipanaskan
pada suhu 180 'C selama 15 minit  sehingga masak kekuningan 



BISKUT MARMAR COKLAT




 BISKUT MARMAR COKLAT
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR


BAHAN-BAHANNYA
( A )
250 gm.Mentega
180 gm. Gula Kastor
60 gm. Telur ( 1 Biji Telur )
( B )
350 gm. Tepung Superfine
1 sudu teh Serbuk Penaik
1 sudu besar Serbuk Koko
1 sudu teh Kopi Segera
1 sudu teh Perasa Kopi
50 gm.Serbuk Kacang Walnut (Walnut yang telah dikisar )


( HIASAN ATAS )
500 gm. Coklat Masakan
100 gm. Coklat Masakan Putih


CARA MEMBUATNYA
( 1 
   Pukul mentega dan gula kastor pada kelajuan sederhana hingga kembang.
Tambahkan telur perlahan-lahan dan pukul selama 2 minit.


( 2 )
   Masukkan tepung superfine yang telah diayak, serbuk penaik, serbuk koko, 
kopi segera, perasa kopi dan serbuk kacang walnut.Kacau hingga sebati untuk
membentuk doh.



( 3 )
   masukkan doh kedalam dulang pembakar yang sudah digris bersaiz 
14" x 14" dan ratakan.



( 4 )
   Potong adunan kecil-kecil pada saiz 1 inci.Bakar dalam ketuhar yang telah
dipanaskan pada suhu 180 'C selama 30 minit sehingga masak keperangan.


( 5 )
   Cairkan coklat masakan dan coklat putih berasingan secara 'double boiler' .
Tuangkan coklat masakan keatas biskut. 


( 6 )
   kemudian  gunakan coklat putih untuk membuat corak marmar.


( 7 )
   Setelah coklat mengeras, bolehlah dikeluarkan satu persatu dari dulang
pembakar.