TART GULUNG
SUMBER : BUKU BICARA BISKUT WENDY KORBAHAN - BAHANNYA :
400 gm. Marjerin
600 gm. Tepung Gandum
4 kuning Telur
1 putih Telur
1 sudu teh Esen Vanilla
1 sudu besar Esen Nanas besar
INTI:
5 Buah Nanas ( Diparut )
350 gm. Gula
50 gm. Mentega
2 sudu besar Jus Lemon
CARA MEMBUATNYA
Ayak tepung gandum. Gaulkan tepung gandum dan marjerin. Uli untuk
membentuh doh. Masukkan telur dan pukul sebati. Kemudan masukkan esen
vanila dan esen nenas dan uli sebati untuk membentuk doh yang lembut.
Masukkan doh kedalam acuan tart dan paipkan roll yang nipis. Letakkan
inti jem nenas dan gulung. Susun biskut dalam dulang pembakar yang sudah
digris. Sapu kuning telur pada biskut. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan
pada suhu 180'C selama 15 minit sehingga masak kekuningan.
INTI JEM NANAS
Masak nenas yang sudah diparut sehingga kering, kacau beberapa kali. Masukkan
gula dan masak sehingga keperangan. Kemudian isikan mentega dan jus lemon.
Masak sehingga hampir kering dan keperangan. Biarkan ia menyejuk.
No comments:
Post a Comment