Wednesday, 6 April 2011

BATIK ROLL



BATIK ROLL
SUMBER : BUKU ANEKA KEK PILIHAN

BAHAN-BAHANNYA:

9 biji kuning telur
6 biji putih telur
110 gm. tepung gandum
150 gm. gula
2 sudu teh baking powder
1 sudu besar chocolate paste ( adunan cokelat )
50 gm. air sejuk
60 gm.tepung jagung
1 sudu besar Quick 75
70 gm. mentega cair
sedikit chocolate rice

CARA MEMBUATNYA:

1. Sediakan bahan-bahan dengan sukatan yang betul.
1. Pukul kesemua bahan hingga sebati, kecuali mentega cair dan cokelat.
3. Pukul lagi hingga elok sebati bersama mantega cair.
4. Ambil anggaran 2 senduk dan masukkan cokelat cair.Sebahagian
   dibiarkan tanpa warna.
5. Kacaukan hingga sebati.
6. Tuang adunan tanpa warna kedalam loyang dan ratakan.
7. Kemudian pancutkan berselang-seli dengan adunan yang
   dibubuh cokelat cair.
8. Setelah selesai corakkan adunan dengan sebatang lidi
   sehingga menjadi corak yang cantik.
9. Kemudian taburkan chocolate rice mengikut corak yang dibentuk tadi.
10. Setelah itu dibakar didalam oven hingga elak masak.
11. Bila kek telah sejuk keluarkan dari loyang dan sapukan dengan 
   jem sehingga elok rata.
12. Gulung kamas-kemas. Biarkan sebentar dan bila hendak dihidangkan
   potonglah mengikut kesukaan anda.



No comments:

Post a Comment