MAMA CARRIE'S KUPU - KUPU
SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR
BAHAN - BAHANNYA
250 gm. Mentega
60 gm. Gula Aising - diayak
180 gm. Tepung Serbaguna }
150 gm. Tepung Superfine } diayak
100 gm.Tepung Susu } bersama
1/2 sudu teh Bicarbonate Of Soda }
3 gm. Garam }
CARA MEMBUATNYA
Pukul mentega, gula dan garam pada kelajuan sederhana sehingga
berkrim. Masukkan tepung gandum, tepung superfine, tepung susu
dan bicarbonate of soda. Kemudian pukul sehingga adunan sebati.
Terap adunan dengan acuan berbentuk hati dan susun didalam
dulang pembakar yang telah digris. Bakar dalam ketuhar yang sudah
dipanaskan pada suhu 180 'C untuk 10 minit. Biarkan biskut menyejuk.
HIASAN ATAS: AISING ROYAL
1 biji Putih telur
150 gm. Gula Aising - diayak
10 gm. Tepung Jagung - diayak
1/2 sudu teh Esen Vanila
10 gm. Coklat Emulco
CARA MEMBUAT AISING ROYAL
Pukul telur, esen vanila, gula aising dan tepung jagung
sehingga pekat dan berkrim. Sapu bahagian atas biskut
dengan aising royal. Buat corak dengan lidi menggunakan
coklat emulco. Biarkan selama 20 minit. Kemudian bakar
dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 'C
selama 15 minit sehingga biskut masak kekuningan.
No comments:
Post a Comment