Assallamualaikum dan salam perkenalan.Untuk pengetahuan semua,resepe-resepi yang Maria paparkan dilaman blog Maria ini adalah koleksi resepi simpanan yang Maria dapatkan dari majalah-majalah terkemuka,buku-buku masak dan juga dari chef-chef yang terkenal.Selamat mencuba resepi-resepi dari Maria.Semoga Berjaya dan jangan putus asa...
Sunday, 10 April 2011
AYAM MASAK MADU
AYAM MASAK MADU
SUMBER: LILYMARIA
BAHAN-BAHANNYA
BAHAN A
1 Ekor Ayam ( dipotong 8 dan dibersihkan )
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN MENUMIS
1 camca teh Jintan Manis
4 kuntum Bunga Lawang
2 batang Kulit Kayu Manis
3 bijiBawang Besar - dihiris
5 cm. Halia - dihiris
1 sudu teh Serbuk Kunyit
3 sudu besar Serbuk Cili
1 sudu teh Lada Hitam
1 sudu besap Tomato Puri
1/2 cawan Air
1/2 cawan Madu
1 sudu besar Kicap Pekat
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
Ayam digaul dengan bahan-bahan A yang lain kecuali minyak.
Panaskan minyak kemudian goreng ayam sehingga keemasan tetapi
jangan terlalu garing.Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang
sehingga wangi.Masukkan bawang besar,bersama halia dan kacau sehingga
layu.
Masukkan serbuk kunyit dan jintan manis kemudian masukkan serbuk cili
dan lada hitam.kacau seketika.Setelah itu masukkan tomato puri, madu, kicap pekat
dan air.
biar kan sehingga kuah sedikit pekat barulah dimasukkan ayam dan garam.
masak seketika sahaja dan angkat.
Labels:
LAUK PAUK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment