SUMBER: BUKU BICARA BISKUT WENDY KOR
BAHAN - BAHANNYA
250 gm. Mentega
250 gm. Gula Perang
1/2 sudu teh Garam
2 biji Kuning Telur
1 biji Putih Telur
350 gm. Tepung Biskut
100 gm. Tepung Kastad
300 gm. Serbuk Kacang Gajus
100 gm. Kacang Gajus - dibelah dua
1 sudu teh Esen Vanila
CARA MEMBUATNYA
Pukul mentega, gula perang dan garam pada kelajuan tinggi selama 5 minit
sehingga adunan naik dan kembang. Masukkan kuning telur dan putih telur dan
diputar lagi pada kelajuan rendah sehingga berkrim. Kemudian masukkan esen
vanila, tepung biskut, tepung kastad dan gajus serbuk lalu dikacau sehingga
adunan menjadi sebati.
Terap adunan dengan acuan mengikut kesukaan. Susun biskut didalam dulang
pembakar yang telah digris. Sapu dengan kuning telur dan hias dengan kacang
gajus. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 'C selama 15
minit sehingga biskut masak kekuningan.
No comments:
Post a Comment