Assallamualaikum dan salam perkenalan.Untuk pengetahuan semua,resepe-resepi yang Maria paparkan dilaman blog Maria ini adalah koleksi resepi simpanan yang Maria dapatkan dari majalah-majalah terkemuka,buku-buku masak dan juga dari chef-chef yang terkenal.Selamat mencuba resepi-resepi dari Maria.Semoga Berjaya dan jangan putus asa...
Monday, 25 April 2011
KEK LAPIS MANJA
KEK LAPIS MANJA
SUMBER: KEK ANEKA PILIH
BAHAN-BAHAN A :
200 gm. Tepung Optima
3 biji Telur
500 cc. Air
35 cc. Mentega Cair
sedikit Kismis }
sedikit Ceri Merah } dipotong
sedikit Ceri Hijau } kecil-kecil
sedikit Nenas }
CARA MEMBUATNYA
Pukul telur, air dan tepung hingga pekat lalu masukkan
mentega cair. Aduk lagi hingga elok sebati dan tuangkan
kedalam loyang empat persegi berukuran berukuran 11" X 11".
Bakar selama 10 minit dengan kepanasan 375 darjah F Gas
No 5. Setelah masak kek sejukkan dahulu.
BAHAN-BAHAN B :
150 cc. Putih Telur
1 sudu besar Esen Vanila
1 cawan Air
1 paket Agar-Agar
3 sudu besar Susu Pekat
1 cawan Gula
CARA MEMBUATNYA
Didihkan 500 gm . air bersama 125 gm. gula dan masukkan 1/2
paket agar-agar, 1/2 sudu besar coffee oil dan 1 sudu besar bancuhan
cokelat ( chocolate paste ). Kemudian tuangkan adunan ini kedalam
loyang 12" x 12" persegi sejukkan.
Sementara itu didihkan pula agar-agar dan gula serta air iaitu
bahan-bahan ( B ). Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan
agar-agar yang mendidih tadi bersama susu pekat dan esen serta buah-
buahan yang telah dipotong kecil-kecil. Tuangkan keatas agar-agar
yang pertama tadi lalu tutup pula dengan kek.Simpan semula didalam
peti sejuk sebelum dihidangkan.
Labels:
KEK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment