Assallamualaikum dan salam perkenalan.Untuk pengetahuan semua,resepe-resepi yang Maria paparkan dilaman blog Maria ini adalah koleksi resepi simpanan yang Maria dapatkan dari majalah-majalah terkemuka,buku-buku masak dan juga dari chef-chef yang terkenal.Selamat mencuba resepi-resepi dari Maria.Semoga Berjaya dan jangan putus asa...
Sunday, 3 April 2011
KEK CHIFFON VANILA
KEK CHIFFON VANILA
SUMBER: BUKU KEK ANEKA PILIHAN
BAHAN - BAHAN BAHAGIAN ( 1 )
5 biji Kuning Telur
1 sudu Teh Garam
1 sudu teh Baking Powder
30 gm. Ovallate
50 gm. Gula
100 gm. Tepung Roti
150 gm. Air
100.gm Minyak Jagung
1 sudu teh Esen Vanila
100 gm. Tepung Halus ( Superfine Flour )
CARA - CARANYA:
Pukul semua bahan ( 1 ) sehingga putih. Jika menggunakan
mesin pengaul gunakan high speed ketika mengaul kesemu
bahan-bahan tersebut.
BAHAN - BAHAN BAHAGIAN ( 2 )
11 biji Putih Telur
200 gm. Gula
CARA - CARANYA:
Pukul bahan-bahan ( 2 ) sehingga pekat tetapi jangan sampai
kering.
CARA MEMBUATNYA:
Masukkan adunan bahagian pertama kedalam adunan bahagian
kedua.Setelah itu tuangkan adunan kedalam acuan kek chiffon
dan bakarlah adunan untuk selama 25 - 30 minit.Setelah itu keluarkan
dari acuan dan terbalikkan kek ini biarkan sehingga sejuk.
BAHAN - -BAHAN UNTUK HIASAN:
3 sudu makan Susu Ideal
1 sudu makan Serbuk Koko
sedikit Coklat Tulip ( cairkan )
2 sudu makan Gula
Coklat M&M secukupnya
CARA MEMBUATNYA:
Cairkan coklat dengan susu.Masukkan serbuk koko dan gula.
Kemudian masukkan kedalam sebuah periuk dan kacau sehingga
sebati diatas dapur ( sekejap sahaja ). Tuangkan keatas kek ketika
bancuhan masih panas-panas dan hiaskan diatasnya dengan coklat M&M.
Labels:
KEK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment